Thursday, November 3, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Ahad yang bermakna! ♥











Next Step...

Alhamdulillah...

done my HIV test di Klinik Kesihatan Cheroh, Raub!
yippeee...sukanya :) 

done isi borang.. * muka epy :p


Now boleh proceed to the next step...
I pergi semalam lepas balik sekolah. p awai dalam kol 140.
bukan apa..takut ramai org plak..
thx a million to kak fizah coz bagi pinjam qeta. kalo x, xtawla nak p mcm mana.
Plak 2 ujan... nasib baik. *phew....

Okla, i nak citer sket pengalaman p HIV test nih.
semalam i pergi dgn membe, Raja . tunang i kan duk jauh.
so, xdapatla nak p sama. huhu...

tapi xpa...
perasaan?? ada sket asa nebeslah. hihihi
xpenah2 nak wat HIV test kan..
bukan doctor yg cek..tapi MA.

so mula2 2 kena panggil no..
i masuk bilik. *dgn perasaan nebes
dia siap tny i sakit apa..
then i kata lah nak buat HIV test. hihihi
so, dia suh tutup pintu. (P&C ok.ekekeke)

then mulalah dia bwk kua brg2 keperluan..
i ingtkan kena wat ujian air kencing..tapi upanya amek darah ja. uhuhu =.=
takut jgk tgk jarum panjang 2. (saja wat gempak tp xda takut mana pong.:p)
i siap tny dia sakit dak.. ahahaha :P
Pastu siap pejam mata bila MA 2 nak cucuk jari i
tapi sat ja..
ase macam kena gigit semut ja... ceh~

tapi Alhamdulillah..
memg i lega sangat sebab da sette bab ni.
now leh proceed dengan borang-borang nikah!

yeyay!! wink
jomla layan pic2 ni..






mr. fiance punya :)








Apa yang penting...

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

....Continue....



Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"


Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar
.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.


Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.


Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.


Simple bukan? Kenapa perlu pening?


Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.


Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?


Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.


Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.


Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.


"Seganlah. Nanti orang kata apa."


"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."


Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.


Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.


Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!


Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.


Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.


Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.


Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.


Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

- Artikel iluvislam.com

                                                                                            

Monday, August 22, 2011

Sekadar renungan bersama.....



Sangat menyentuh hati apabila melihat video ini....
Mari kita renungkan bersama...............

Thursday, August 18, 2011

weh.. first time nih!

Hai kwn2...
Selamat Berpuasa ye. 
apa daaa.. baru nak wish kan.
hahaha :D
Tuptapuptap dah masuk hari yg ke-18
Alhamdulillah... :)

Sebab i da lama  xupdate blog..
so kali ni i nak citer pasal my great weekend dengan my fiance..
*cewah*

Actually i nak citer sketla pasal iftar kami.
Kalo ikutkan en.tunang i ni nak p dulu ngan kwn2 dia..
tp since i nak dtg the following week, so dia postponed la tngu smp I dtg..
so sweeeet kan...
*senyum kambing*

oh ye..
kami p b'8 sebenarnya..
i segan kot sebab xbrapa kenal rapat sgt ngan kwn2 munzir nih except 2 3 org jaa
i memg senyap jaa la.xckp bnyk..
just menyengih, senyum ala2 perempuan melayu mutakhir ..
*perasan sebentar*


ekceli kan...
i xpernah pon makan kat sini *bukan jakun ok*
even mana2 kedai jepun
dulu i pernah makan sushi seketul..
tapi xleh masuk tekak...
i  muntah u know....
uwekkkkkk...................!!
oh.....cannot go ok.
i ni tekak melayu. makan nasi ngan sambal belacan :P

welcome....


rupa2nya sedap jgk makan kat cini ek...
btol la kata org..
xkenal maka xcinta..
btol x uols??
wink2....


agak  lama jgkla kami lepak di sana
makan smpai kenyang uols...
kita bayo kan.. so kita makan puas2.
hahaha...


yg plg best seafood la.
i memg giler kan seafood.
sedap kottttt!
cuma xda ketam ja......
apesal xdak weh??
t request letak boley??

Basically..
makanan kat c2 sodap2 belaka
lepas ni konfirm i ngan munzir akan p lagi
muahahahahah :p


Jomlah layan gmbr2 ni..
p/s :  xtgkp bnyk pon coz bz memenuhkan perut msg2 >.<



pilih je nak makan apa

i love seafood!

 
8 of us :)

bismi & mat rasul

ain & naim

nyum2..

kita bako aje
rebus2.

makan xhengat..

cket ja nih...

boley makan da nih..

i love us :)


Tuesday, August 16, 2011

Cuba tgk kat atas 2....

Haaa....
tgk 2..tgk 2..
mana?
kat atas 2 laaa..
mana??
kat header 2..

haha..
*sungguh gediks*

bdw.. 
i memg cdg nak letak kat tepi kanan side bar.
tapi gmbr xfull plak..
xcantikla mcm 2 kan..
so i decide letak kat blah atas 2.
terpaksa tutup gmbr love kat atas 2.
huhu...

n kalo uols nak gmbr mcm 2 gak just click je pic 2
or amek kat cik creative nih

yang penting ...
nmpk laaa BRIDE TO BE
>.<

XOXO

Friday, June 24, 2011

Yang mana 1 pilihan hati??

Apesal gaun wedding dress omputih ni cantik2 sgt ehh?memg suka sesangat..
suka design, bentuk dia.. cantikla! nmpk comey ja kan.suke yg style leret2..hihi
















mode : mencari ilham

Thursday, June 16, 2011

Exacly what I feel !



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan terus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

 walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a
ai aishiteru
saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
ku mohon kau kembali..

Kimi ga doko ni itte mo
Kono omoi ga tsunagaru kara
sinjiteru yo sinjiteru yo
:
:
:
:
:
:
:
:
p/s :  a a ai aishiteru munzir mohammad ♥

Monday, June 13, 2011

Operasi Memutihkan Kulit

Semenjak nak menjadi B2B nih, I selalu la kelebek majalah2 mencari apa pelbagai tips dan panduan berguna utk kegunaan nanti supaya kelihatan voguedabom la nanti.

Kali ni I nak share cara2 utk memutihkan kulit dgn m'gunakan kaedah tradisi ye noks2 sekalian. Mksdnya guna bhn2 semulajadi with no chemicals. mak2 atok nenek moyang kita pon guna bhn2 mcm ni kan dulu2 kan...


  • Lemon adalah natural bleach yang mampu mencerahkan kulit anda. Untuk memutihkan kulit, gunakan jus lemon atau campurkan dgn air mawar. Gunakan kapas utk m'aplikasikanya pada wajah. Biarkan selama 5min, then bersihkan dgn air hangat. Selain itu, jus lemon juga bleh dicampurkan dgn madu, minyak almond sbg alternatif. 
  • Bubur gandum dan curd adlh 2 bhn yg sgt pentg. Campurkan keduanya secara merata. Tambhkan jus tomato agar lebih efektif. Usapkan dgn lembut pada wajah. Biarkan selama 15-20mins. setelah itu bersihkan dgn air. Campurkan cuka dgn air dlm jumlah yg sama rata. Ratakan pada kulit, diamkan selama 5-10mins lalu bersihkannya.
  • Buat 'pasta' yg terdiri drpd kayu cendana, lemon dan tomato. Biarkan ia mengering pd kulit sebelum dibersihkan.
  • Salah 1 bhn pemutih yg mudah digunakan ialah kentang. Kentang sgt efektif utk memperbaiki pigmentasi dan kulit yang bernoda. Letakka beberapa potong kentang mentah pada wajah selama beberapa minit. Campurkan ia dengan madu. Ratakan pada wajah dan biarkan ia mengering. Kemudian bersihkan dgn air. Selain madu,susu juga dapat digunakan secara alternatif.
  • Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti. Campurkan beras yang dikisar dgn sedikit air. Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tak perlu dibiarkan mengering pada kulit. Lakukan skrub ini 3x seminggu.


Actually..bahan2 seperti minyak almond, madu dan susu sgt efektif jika digunakan utk melembutkan kulit dan menghilangkan masalah2 yg berhubung dgn kulit kering. Walaupun begitu, sertakan ramuan2 ini ke dalam rutin perawatan kulit agar kulit nmpk lebi cerah, muda dan bersinat. Not to forget, kenala disertakan dgn diet yang seimbang termasukla buah2an dan sayuran segar. Air juga sgt pentg sebab ianya berfungsi utk melembapkan kulit dan membuang bahan2 beracun yg ada dlm tubuh...


ok noks2 sekalian. Selamat mencuba! :)


*sumber : majalah PENGANTIN



Sunday, June 12, 2011

Holiday !

3weeks holiday... 
Boleh berehat-rehat di rumah.
menambah kebesaran saiz badan..
makan sedap-sedap..
tido lama2..tengari baru bgn.huahaha (padahal na jadi bini org da xlama 2.ish3)

 syoknya dapat p bercuti kat pantai noks! *berangan

TAPI....
Bukan cuti semata2..
penuh dgn bekalan asemens.
banyak noks!
kononya berjanji sungguh2 nak wat tp ni da last week cuti baru siap 1 asemen. 
hat len bila na wat???


ok2...jap g smbg wat.
Daaa... xoxo




Engagement

Finally..I managed to find some time and upload it here even though some of the pictures have been uploaded in FB. 

mode : happy! :)