Thursday, January 9, 2014

Alamak, baby songsang!

Assalamualaikum....

Semalam i ada p check up kat KK. Mcm biasalah kena timbang berat, cek air kencing, cek bp and last skali cek perut. Luckily result minum ayaq gula i ok. fuhhh~~~ lega. BDW, now i dah 31weeks.

Bila nurse cek perut, dia kata baby I songsang. wah, terkejut iols! Selama ni, alhamdulillah kedudukan baby ok. but not this time around. :( . Bila nurse cakap mcm 2, i dah terbayang c-sect.seriaunya iolssssss....tapi nurse cakap, jangan isau coz i baru 31 weeks. so masih ada masa lagi untuk baby pusing.
I really hope so....i nak bersalin normal!waaaa....

So, bila taw pasal ni, terus i cari pakcik google  and cari info pasal ni plus baca pengalaman ibu-ibu. I pon ada jumpa beberapa tips dan amalan untuk baby songsang.

1. Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

2. Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

3. Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

4. Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...

5. Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...

6. Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan buat solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InyaAllah dipermudahkan urusan.
 
 
 
 

Selain dari tu, i try cakap dengan baby dalam perut, pujuk dia suh pusing and ibu nak bersalin normal.huhuhu.... next week ada appoinment ngan doktor, we'll see how. ohh, odw p sek tadi, i sempat kol ibu and citer pasal ni. Dia just nasihat i banyakkan berdoa, banyakkan mengaji especially lepas solat 5 waktu, semoga ALLAH permudahkan segala2nya. Ibu kata biasala baby akan berpusing. Lepas tu i xdala rasa down sangat, ase bersemangat la sket kan. 
n ibu citer lagi time dia dulu xda plak baby songsang bagai, sakit pon sat ja, mudah bersalin...pastu kena leterla sebab i malas kurang mengaji. aduh, kena stepet kat muka! =___= 

I pon nak masuk 8bulan da.kena banyak mengaji.I berazam untuk cuba mengaji setiap 5waktu. insya allah...Semoga ALLAH permudahkan segala urusan I.

Till then, goodnite peeps....
 

No comments: